Kemalangan dan Insiden Sichuan Airlines

Pada Tarikh 24 Januari 2003, Penerbangan 434 Sichuan Airlines, dengan siri Embraer EMB-145 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chongqing Jiangbei ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu, seorang lelaki cuba merampas kapal terbang dan menyalakan bahan letupan buatan sendiri, yang mencederakan seorang penumpang dan juga dirinya. Dia ditundukkan oleh pegawai keselamatan. [25]

Pada Tarikh 14 Mei 2018, Penerbangan 8633 Sichuan Airlines, sebuah Pesawat siri Airbus A319 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chongqing Jiangbei ke Lapangan Terbang Lhasa Gonggar, dialihkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu selepas kaca depan di bahagian kokpit meletup, sama seperti insiden penerbangan 5390 British Airways pada Tahun 1990, mengakibatkan kehilangan sebahagian daripada panel kawalan penerbangan. Krew penerbangan melakukan pendaratan yang sukar dengan kegagalan penyahmampatan dan suhu yang sangat rendah. Kopilot dan pramugari dilaporkan cedera. [26] [27] [28] Kemudian kejadian itu diadaptasi ke dalam filem " Kapten (filem 2019) ".

Rujukan

WikiPedia: Sichuan Airlines http://3U%20HK%20SAR%20EN%20Website http://www.anna.aero/2016/10/18/sichuan-airlines-l... http://www.cannews.com.cn/2013/0228/245122.html http://www.gochengdu.cn/news/Highlights/sichuan-ai... http://cdn.carnoc.com/list/247/247641.html http://centreforaviation.com/profiles/airlines/sic... http://www.flightglobal.com/pdfarchive/view/2004/2... http://global.sichuanair.com/News/Detail/GoldenPan... http://global.sichuanair.com/US-EN http://www.sichuanair.com/about-brand.html